Teringat lagi masa kecil-kecil tinggal kat kampung satu
ketika dahulu, bila naik bisul atau disengat oleh binatang berbisa maka tahi
hidunglah menjadi ubat bila masa kecemasan.
Bukan masa tuh taka da ubat atau klinik tapi disebabkan takut
dimarahi oleh orang tua, ,maka tahi hidung menjadi ubat paling mujarabat dan
disyorkan oleh rakan-rakan seusia yang lain.
Kalau sekarang nih bila dengar tahi hidung anda pasti kata
pengotor, namun 40 tahun yang lalu bagi mereka yang membesar di kampung ianya
menjadi 1001 ubat.
Tahi hidung biasa dijadikan ubat untuk bisul pada badan
ataupun disapu pada bahagian badan yang terkena sengatan bisa bintang kecil
seperti ikan keli, tebuan ataupun semut.
Selain daripada tahi hidung, masa kanak-kanak dahulu, tahi
lembut juga menjadi salah satu ubat alternatif yang paling mujarab.
Penulis masih ingat lagi ketika terpijak sarang tebuan tanah
ketika melastik burung bersama rakan-rakan di tebing Sungai Tok Ali , kepala
rasa pening bila kena sengatan bisa tebuan.
Nak bagi tahu Ma dan Abah takut kena marah so kawan-kawan syorkan
penulis sapu tahi lembu sebagai ubat, namun dengan kuasa tuhan, Alhamduillah
dapat legakan sikit rasa pening dan bengkak.
Penulis masih ingat lagi, Mak penulis naik hantu apabila dapat
mengetahui bahawa penulis sapi tahi lembu pada kepala bila disengat tebuan
tanah.
“Bila-bila kena sengat tebuan bagi tahu ma, jangan sapu tahi
lembu..kotor dan najis..itu bukan cara orang Islam dan kepala adalah satu anggota
badan yang mulia,”itu lah kata-kata mak penulis.
Ma minta penulis mandi dan letakan nasi suam atas kepala
penulis bagi legakan bisa dan bengkak.
Itulah pengalaman penulis masa kecil-kecil dulu yang
terkenal sebagai hero di kampung Chekok.
No comments:
Post a Comment