Monday, 18 December 2017

LASTIK, KUTIP BUAH DAN TANGKAP IKAN PELAGA AKTIVITI SEMAKIN DILUPAKAN BUDAK KAMPUNG



Aktiviti lasak seperti melastik burung daolam semak, mengutip buah-buahan hutan dan menangkap ikan pelaga adalah antara aktiviti yang asing bagi kanak-kanak pada zaman ini.
            
Ianya berbeza sama sekali  dengan corak Kehidupan kanak-kanak memasuki alam remaja pada era tahun 70-an dan 80-an  yang membesar dengan aktiviti lasak dan mencabar berbanding dengan kanak-kanak hari ini lebih banyak menghabiskan masa bersama gadget.

Berkongsi pengalaman membesar pada era tahun 70-an, Zainal Ibrahim, 47  berkata kanak-kanak hari ini banyak menghabiskan masa bersama gadget masing-masing selepas pulang dari sekolah.

“Kalau dahulu bila tamat  waktu sekolah, aktiviti yang menjadi rutin saya dan rakan-rakan adalah melastik burung di kawasan semak yang terletak  tidak jauh dari rumah.

Lastik Burung
“Saya masih ingat lagi pada waktu tuh kami buat sendiri lastik menguna barang yang terdapat di sekeliling rumah,  antaranya ialah  tiub getah basikal, kulit kasut (dijadikan sebagai pelapik), dahan pokok berbentuk ’Y’, gelung getah dan batu kecil (sebagai peluru),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya antara burung yang menjadi sasaran ialah burung Merbuk, burung Murai, burung Kelicap dan lain-lain.
Turut berkongsi pengalaman yang sama,  Shahrim Sulong , 40 yang bertugas sebagai eksekutif It di Bernama Biro Melaka, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata melastik burung adalah rutin harian beliau dan rakan-rakan.
“Disamping melastik burung, kami juga pada waktu itu akan mengutip dan makan buah-buahan hutan yang terdapat di sekitar kampung,”katanya yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.


                               Buah Kemunting

Kutip Buah-Buahan Hutan
Katanya antara buah-buahan hutan yang mudah didapati pada ketika itu ialah buah Kemunting (Eng Sub: Downy Myrtle), buah Sentol (Eng: Sandoricum koetjape (nama sainstifik), buah Jambu Arang (Eng: Eugenia claviflora Roxburgh (nama sainstifik) dan banyak lagi.
Beliau berkata buah-buhan tersebut  sukar untuk diperolehi hari ini, malah kanak-kanak sekarang sudah tidak mengenali buah hutan yang boleh di makan.
 “Bila berada dalam hutan atau semak kami biasanya baling kayu atau lastik untuk dapatkan buah sentol kerana pokoknya besar dan tinggi menyebabkan ianya sukar dipanjat.
“Rasanya masam manis memang sedap di makan begitu sahaja..kalau dapat banyak saya akan bawa balik untuk dijadikan sebagai jerut atau dicicah ‘Colek’  iaitu campuran kicap,  gula pasir, garam kasar , belacan dan sedikit cili,”katanya.


Sementara itu, Noor Azmi Hamdan, 52 dari Merlimau, Melaka berkata selain daripada melastik burung dan cari buah-buahan hutan, menangkap ikan laga  (Eng: fighting fish) juga merupakan salah satu aktiviti yang digemarinya ketika kecil dahulu.
“Biasanya saya dan rakan-rakan tangkap ikan pelaga di sungai atau parit dengan hanya mengunakan tangan tanpa peralatan lain,”katanya.
Beliau berkata ikan yang ditangkap akan diletakan dalam botol sebelum dibawa pulang ke rumah.
“Ikan laga berwarna gelap seperti kehitaman atau warna hijau gelap lebih garang dan hebat bertarung,”katanya.
Noor Azmi berpendapat bahawa  kanak-kanak zaman dahulu lebih tahan lasak dan cepat berdikari berbanding dengan hari ini kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman.



No comments:

Post a Comment