Tuesday, 19 December 2017

Jejak Raja Jembal

Menyelusuri  sejarah Kelantan kuno, keturunan Raja Jembal adalah insitusi raja yang pernah memerintah negeri Kelantan pada abab ke-17 dan abab ke-18.

Jika dikaji daripada sastera dan cerita dongeng, keturunan Raja Jembal dikatakan mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong dari Kedah yang membawa diri ke Kelantan selepas peristiwa baginda meminum dan ketagih darah manusia ketika berada di Jembal.Kedah.

Baginda dikatakan baginda memelihara dua orang anak angkat - seorang lelaki yang dinamaï baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamaï baginda Puteri Mani Kemenyan.


Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh empat orang putera dan tiga orang puteri, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Umar, Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur, dan Puteri Cempaka Bongsu

                                         Istana Raja Bersiong di Kedah 

Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan Jembal, iaitu mulaï 1638 dan  kemudiannya melantik putera melantik putera baginda, Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Umar sebagai Temenggung, dan Raja Sungai sebagai Raja Muda.

Kerajaan Jembal berakhir pada tahun 1720-an apabila Raja Kecil Sulung putera Raja Umar menyerahkan kuasanya kepada Long Besar yang juga merupakan iparnya.

Raja Jembal  menggunakan pangkal nama "Tengku, Nik, Wan dan Che", namum ada juga yang tidak menguna pangkalan nama tersebut.

Buang tahta

Mengikut arwah nenek sebelah ibu saya, kami mempunyai darah Raja Jembal dan masih mengamalkan pantang larang dan adat tertentu namun tidak menguna gelaran pangkalan nama kerana taat dengan pesan moyang kami iaitu Raja Kecil yang tidak membenarkan cucu dan cicitnya menguna gelaran diraja kerana dikhuatiri akan lupa diri dan lalai dengan dunia.

Menurutnya lagi, Raja Kecil telah membuang semua alat kebesaran diraja yang ada padanya di satu tempat yang dirahsiakan kerana beliau tidak ingin lagi menjadi raja.

Beliau juga berdoa agar anak cucu dan keturunanya tidak akan ‘orang besar’ (berpangkat tinggi) selama beberapa keturunan (penulis lupa berapa keturunan)  bagi menjaga keturunan agar terus taat kepada perintah Allah.

Dilarang makan ikan kekacang dan rebung buluh

Terdapat dua versi mengenai larangan keturunan darah Raja Jembal memakan ikan kekacang dan rebung buluh, versi lisan daripada nenek penulis mengatakan bahawa larangan memakan ikan kekacang adalah kerana ikan tersebut pernah membantu moyang keluarga Raja Jembal ketika berada di laut.

                                          Ikan Kekacang

Manakala larangan memakan rebung buluh pula kerana moyang Raja Jembal berasal dari keturunan buluh betung (iaitu dari keturunan Raja Bersiong).

Terdapat juga menyatakan Raja bersiong telah mewasiatkan anak cucunya supaya tidak memakan rebung buluh betong dan tidak membenarkan membuat apa-apa alatan dari buluh betung.

                                                     Rebung Buluh Betung

Manakala versi kedua daripada kajian penulis, Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.

Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya. 


Tidak dapat diketahui sejauh mana kebenaran cerita ini namun ianya disampaikan secara lisan dari generasi ke generasi.

Namun satu pengajaran daripada cerita lisan ini kepada kami adalah agar sentiasa mengutamakan akhirat daripada dunia kerana hanya negeri akhirat yang kekal abadi, segala yang ada di dunia akan musnah tidak kira setinggi mana darjat, sebanyak mana harta ..satu-satu bekalan yang dibawa ke negeri akhirat ialah amal ibadat.

1 comment:

  1. How do I make money with free credit cards?
    A free credit septcasino card is a card used to 바카라 사이트 buy a sportsbook. You can use งานออนไลน์ it to make money online. You can use it to make the most of your wagers on

    ReplyDelete