Monday, 18 December 2017

KEUNIKAN BUBUR ASYURA GAMIK NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK


Setiap kali  tangga 10 Muharram dalam kalander Hijrah, acara mengacau  bubur Asyura disambut oleh umat Islam di negara ini bagi memperingati peristiwa bahtera Nabi Nuh mendarat setelah 40 hari mengharungi banjir besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Bubur Asyura adalah bubur yang dibuat pada hari kesepuluh bulan Muharam dan ianya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, antaranya ialah beras, kacang hijau, bawang dah rempah-ratus.
Perkataan Bubur Asyura juga membawa maksub ‘bubur untuk kesejahteraan’ yang melambangkan kesyukuran umat Islam terhadap keselamatan yang dikurniakan oleh Allah disambut bagi memperingati peristiwa Nabi Nuh.

Namun sejak kebelakangan ini, amalan tersebut yang telah lama sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu semakin dilupakan oleh generasi hari ini apabila hanya sesetengah masjid atau surau sahaja yang masih meneruskan acara gotong royong mengacau bubur Asyura yang begitu popular satu ketika dahulu.

PELBAGAI VERSI BUBUR ASYURA

Terdapat pelbagai jenis bubut Asyura di negara ini, daripada pemerhatian penulis, bubur Asyura setiap negeri adalah berbeza mengikut budaya setempat.
Bubur Asyura di Melaka dan beberapa tempat di Johor berbentuk cair seperti bubur lambuk dan mengandungi pelbagai jenis bahan seperti kekacang, sayuran, daging dan bijirin.
Bagi penduduk di negeri Utara semenanjung Malaysia pula , bubur Asyura biasanya berwarna kuning dan likat, ianya perlu dihasilkan daripada sepuluh bahan, jika tidak cukup bahan atau terlebih maka ianya tidak boleh dipanggil  bubur Asyura.
Tukang masak bubur Asyura, Mohd Jazlan Salleh, 40 berkata bubur Asyura  bagi masyarakat negeri Pantai Timur pula berwarna kehitaman atau warna coklat gelap.

REMPAH KHAS HANYA DIJUAL SEKALI SETAHUN

Mohd Jazlan berkata keistimewaan bubur Asyura Kelantan adalah terletak pada rempahnya kerana rempah tersebut hanya dijual sekali setahun setiap bulan Muharam dan hanya terdapat di di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan sahaja.
Beliau berkata antara bahan-bahan yang diguna untuk membuat bubur Asyura versi Kelantan  ialah keledek, labu, jagung, kacang hijau, bawang, serai, halia, lengkuas, lada hitam, remah khas dari Kelantan dan juga daging lembu atau ayam.
Katanya bahan-bahan membuat bubur Asyura biasanya disediakan pada sebelah malam dan ianya akan dimasak selepas subuh bermula pukul 7.00 pagi hingga ke petang.
“Proses memasak bubur Asyura mengambil masa yang agak lama iaitu antara tujuh hingga lapan jam dan proses mengacau bubur Asyura adalah seperti proses mengacau dodol,”katanya.


TUNGGU ‘TURN’  KACAU BUBUR ASYURA
                
Berkongsi pengalaman mengacau bubur Asyura pada zaman remaja, seorang penjawat awam, Noor Azmi Hamdan,53  berkata hari Asura adalah hari yang dinanti-nantikan oleh beliau dan rakan-rakan di kampung Sungai Putat kerana sambutan hanya dilakukan sekali setahun.
                “Saya masih ingat lagi aktiviti memasak bubur Asyura yang dilakukan di Masjid Merlimau Pasir, Merlimau, Melaka bermula pada pukul 10.00 pagi dan bubur tersebut mula masak sebelum masuk waktu solat Zohor.
“Pada masa itu ramai penduduk kampung hadir bergotong royong memasak bubur Asyura dalam kawah besar, biasa kaum hawa (wanita) akan melakukan kerja menyediakan bahan-bahan untuk memasuk bubur Asyura seperti menghiris bawang, mencarik daging, membasiuh beras,  menyediakan santan dan lain ,”katanya.
                Noor Azmi berkata manakala golongan Adam (lelaki) pula menyediakan kayu api dan mengacau bubur Asyura,  pada awal bubur Asyura di masak ramai yang bergilir-gilir mengacau bubur kerana pada ketika itu kerja mengacau bubur masih ringgan dan mudah kerana hanya bahan asas seperti air, santan kelapa, jagung, kacang kuda, beras  dan lain-lain lagi.
                “Namun Asyura mula menjadi pekat, pada waktu inilah ramai yang menghilangkan diri,”katanya tersenyum panjang mengimbau kembali kenangan mengacau bubur Asyura pada zaman remaja.
                Katanya bubur Asyura mengambil masa panjang untuk masak bergantung kepada ramuan yang digunakan diantara dua hingga empat jam.


CARI DAUN NENAS, TEMPURUNG KELAPA DAN DAUN PISANG
                
Penulis sendiri masih ingat lagi ketika belajar di sekolah rendah di Kampung Chekok, Pulai Chondong,  Kelantan, apabila bubur Asyura hampir masak dan mula bertukar kepada warna kehitaman dan menjadi lebih pekat, pada waktu tersebut pemulis bersama rakan-rakan mula mencari tempurung kelapa yang dialas dengan daun pisang untuk dijadikan sebagai mangkuk.
                Setelah itu, penulis akan pergi ke belakang masjid bagi mendapatkan daun nenas untuk dijadikan sudu.
                “Rindu sangat dah lama tak merasa bubur Asyura yang masih panas di makan dalam tempurung kelapa beralaskan daun pisang dan bersudukan daun nenas.
                “Itu lah kenanagan indah pada zaman kanak-kanak yang cukup berharga bagi diri saya dan saya tidak berpeluang lagi untuk merasai berhijrah  meninggalkan negeri kelahiran, Tanah Sekebun Bunga (Kelantan),”katanya.
                Katanya  setelah mendapat sesenduk bubur Asyura, beliau dan rakan-rakanya akan duduk bersila di tepi dinding masjid menikmati kelazatan bubur Asyura.
               
                
BUBUR ASYURA KERING  MAMPU TAHAN SELAMA SEBULAN

Penulis masih ingat lagi, bubur Asyura yang tidak habis di makan akan dijemur bawah cahaya matahari sehingga kering dan boleh disimpan hampir seminggu
                Maznah Awang, 61  yang merupakan emak kepada penulis berkata sebaik-baiknya bubur Asyura dipotong empat segi dan disusun di atas talam beralaskan plastic atau daun pisang sebelum dijemur beberapa hari sehingga benar-benar kering seperti proses membuat agar-agar kering.
                “Kalau dijemur tidak kering nanti bubur Ayura tersebut akan berlendir dan boleh menyebabkan perut sakit jika di makan,”katanya.
                Beliau berkata bubur Asyura yang dikeringkan enak di makan begitu sahaja dan sesuai dihidangkan pada waktu minum petang.
                Sementara itu, tukang masak bubur Asyura dari Kota Baharu, Kelantan, Mat Zahar Abdul Hadi, 40 berkata bubur Asyura Kelantan yang di sejuk beku mampu bertahan setahun.
                “Saya pernah cuba simpan bubur Asyura dalam peti sejuk dan ianya boleh disimpan dalam masa setahun,”katanya.


No comments:

Post a Comment