Seperti bias selepas waktu berkerja, jika ada kelapangan, Md Dusa Abas tidak terus pulang ke rumah
sebaliknya membelik-belik ‘body’dan ‘lens’ kameranya dengan kain.
Sesekali
anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu tersenyum
apabila mengimbau kembali perjalanan hidupnya sebagai jurufoto di Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (Bernama).
“Dunia
sekarang sudah makin canggih dan sesiapa sahaja boleh ambil gambar…anak bongsu
saya berumur dua belas tahun pun dah
pandai ambil gambar guna telefon pintar milik emaknya untuk dimuat turun ke
laman facebook,”katanya sambil memandang kearah rakan sekerjanya , Shaidatul Suhana Ros yang bertugas sebagai
pegawai berita di Bernama Biro Melaka.
TELEFON PINTAR
Md Dusa yang lebih mesra dengan panggilan 'Dusa' berkata perkembangan teknologi hari ini banyak mengubah dunia bidang fotography dan ianya banyak membantu memudahkan tugas seorang jurufoto jika dibandingkan dengan sepuluh tahun dahulu.
"Sekarang nih semua mudah...jadi kerja pun kena laju, jika dulu saya kena balik opis dulu untuk hantar gambar namun sekarang hantar gambar guna handphone jer dan tak yah susah-susah buka laptop.
"Namun saya masih guna laptop bukan sebab old scholl tapi dapat lihat dengan jelas gambar yang hendak di hantar..budak sekarang terus hantar guna handphone sebab mata dia orang masih terang,"katanya sambil mengelap lens.
Katanya jurufoto hari ini mempunyai banyak pilih kerana mereka boleh hantar banyak keping gambar dalam bentuk digital berbanding daripada dahulu menguna kaedag analog.
Beliau yang kini bertugas di Biro
Bernama Melaka berkata jurufoto perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan
gambar, kecangihan peralatan yang diguna bukan menjadi penentu kepada kualiti
gambar yang diambil.
“Bagi saya teknologi hanya
memudahkan kerja dahulu dan bukanya penentu kepada kualiti gambar yang diambil…secanggih mana sekalipun
peralatan ianya bukan satu jaminan untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi,”katanya
PROSES FILEM DALAM BILIK GELAP
Beliau berkata cabaran tugas
seorang jurufoto pada tahun awal 90-an dan zaman sebelumnya adalah lebih
mencabar jika dibandingkan dengan hari ini kerana melibatkan proses kerja yang
panjang.
“Jika dahulu selepas mengambil
gambar di lokasi tugasan, jurufoto perlu pulang ke pejabat bagi memproses
negatif filem di dalam bilik gelap (darkroom) dan menulis kapsyen sebelum di
serahkan kepada editor yang bertugas,”katanya.
Md Dusa berkata proses yang panjang
untuk menyiapkan gambar menyebabkan jurufoto pada zaman tersebut terpaksa
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
“Untuk siapkan sesuatu tugasaan jurufoto pada masa itu perlu
mengabiskan masa antara enam hingga jam sebelum gambar boleh dihantar ke
pelanggan mengunakan khidmat penghantar surat,”katanya.
BERLARI CARI KEDAI GAMBAR
Beliau yang berpengalaman lebih
daripada 22 tahun dalam bidang fotografi dan pernah membuat liputan di beberapa
temasya sukan bertaraf dunia anataranya ialah temasya Sukan Olimpik London pada
2012 berkata sebelum wujud teknologi digital dan jalur lebar, bila tiba di
sesebuah negara, tempat pertama yang wajib dicari oleh seorang jurufoto adalah
kedai gambar.
“Saya ingat lagi ketika membuat
liputan di temasya Sukan SEA Jarkata pada 1997, tempat pertama yang setiap
jurufoto cari adalah kedai gambar bagi memudahkan urusan memproses negatif filem pada masa tersebut.
“Selepas selesai mengambil gambar
atlet di venue kejohanan, kami (petugas media) akan berlari mencari teksi untuk
ke kedai gambar bagi memproses negative filem dan kemudianya berlari ke hotel untuk menghantar gambar menerusi
talian ISDN (Integrated Services Digital
Network) ke ibu pejabat di Kuala Lumpur,”katanya.
SOLO JOURNALIST
Mutahir ini, perkembangan teknologi
telefon pintar yang berupaya mengambil gambar hampir sama dengan kualiti gambar
yang dihasilkan oleh ‘Digital Single Lens’, teknologi multimedia dan teknologi
jalur lebar melahirkan bidang baharu dalam bidang kewartawan iaitu Solo
Journalist.
Berdasarkan pemerhatian penulis
yang berkhidmat selama 10 tahun dalam bidang kewartawan mendapati bahawa tugas
wartawan tidak lagi terhad kepada menulis berita sahaja sebaliknya turun sama
membantu jurufoto mengambil gambar untuk dimuat turun ke laman sosial agensi
yang diwakili.
Malah ada juga agensi berita arus
perdana meminta wartawanya membuat ‘live vedio’ bagi melaporkan berita secara
langsung ditempat kejadian seperti di lokasi kemalangan maut.
Bagi penulis dunia kewartawanan
pada hari ini bukan memerlukan seorang wartawan yang hanya mahir dalam
menghasilkan berita tetapi perlu mempunyai kemahiran tambahan lain antaranya
ialah kemahiran asas dalam mengambil
gambar, merakam vedio, membuat ‘stand upper’ dan lain-lain.
MULTI TASKING JOBS
Bagi waratawan muda surat khabar
Melaka Hari Ini (MHI), Ahmad Fuad Ramdan, 23 berkata tugas baharu yang terpaksa
dipikul oleh wartawan hari ini bukan satu beban bagi dirinya sebaliknya
menganggapnya sebagai satu cabaran baharu dalam dunia kewartawanan.
“Multi tasking jobs yang diarahkan
oleh editor agar wartawan bukan hanya menulis berita sebaliknya turut mengambil
gambar adalah sesuatu yang menyeronokan bagi saya.
“Selain daripada memperbaiki
penulisan saya dapat belajar banyak perkara yang baharu terutama ilmu
photography daripada jurufoto senior dari agensi lain seperti Bernama, Berita
Hariaan, Utusaan Malaysia dan lain-lain,”katanya yan telah berkhidmat selama
dua tahun dengan MHI.
Anak jati Bukit Rambai, Melaka itu
berkata walaupun tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang photography
beliau hanya mempelajari satu persatu selok belok teknik mengambil gambar
menerusi bahan bacaan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan media.
Katanya adalah menjadi satu
keperluan bagi mereka yang ingin memilih dunia kewartawan sebangai kerjaya
hidup mempelajari teknik asas kemahiran tambahan seperti bidang photography
agar tidak kekok nanti.
TIDAK ‘KEKOK’ DI LOKASI
Pegawai berita, Biro Bernama
Melaka, Shaidatul Suhana Ros, 32 berkata dunia kewartawanan hari lebih mencabar
dan berbeza daripada 10 tahun lalu apabila tugas wartawan bukan hanya sekadar
menulis berita sebaliknya perlu melakukan tugas tambahan seperti mengambil
gambar untuk laman sosial twitter, membuat ‘live cross over’ dengan radio dan
membuat ‘live vedio’.
“Walaupun agensi tidak mewajibkan
petugas media untuk melakukan tugas tambahan ini..bagi saya ianya adalah
sesuatu yang menyeronokan kerana dapat
menambah kemahiran diri,”katanya yang telah berkhidmat selama lima tahun di
Bernama.
Menceritakan pengalaman pertama
mengambil gambar untuk kegunaan laman sosial twitter Bernama, Shaidatul Suhana
berkata beliau tidak rasa kekok untuk mengambil gambar kerana sudah biasa
mengambil gambar menguna telefon pintar sebelum ini.
“Pada kali pertama diarahkan oleh
ketua meja mahkamah ketika bertugas di Kuala Lumpur pada tahun 2015… saya
menjadi serba salah apabila orang kena tuduh (OKT) yang dibawa oleh polis ke
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur merayu agar saya tidak mengambil
gambarnya,”katanya.
Shaidatul Suhana berkata bagi menambah kemahiran mengambil
gambar dan video beliau mempelajari teknik photography menerusi toturial yang terdapat di dalam laman sosial.
No comments:
Post a Comment