Sunday 31 December 2017

SEMBANG KEDAI KOPI : TEKA-TEKI BILA TARIKH PRU-14



                    SEMBANG KEDAI KOPI : TEKA-TEKI BILA TARIKH PRU-14



Gendang PRU telah lama berbunyi hanya orang nombor satu Malaysia dan Allah SWT sahaja yang tahu bilakah PRU-14 akan berlangsung biarpun pelbagai teori yang keluar.

Apa pun tarikh luput kerajaan yang memerintah sekarang akan tamat dan terbubar secara automatiknya pada 24 Jun 2018 jika kita mengambil kira tarikh persidangan Dewan Rakyat Penggal ke-13 yang diadakan pada 2013.

Sebelum ini ramai ahli nujum membuat andaian bahawa PRU-14 akan diadakan pada penghujung tahun 2017 namun semua ramalan yang dilakukan tersasar.

Antara ramalan tarikh PRU ke-14 yang dicanangkan oleh ahli nujum sebelum ini ialah selepas Sukan SEA 2017 (sekiranya Malaysia menjadi juara), Selepas sambutan Hari Kemerdekaan Negara (31 Ogos 2017), selepas orang balik haji dan yang terbaharu selepas pembentangan Bajet Negara.
Namun ternyata bahawa semua ramalan tersebut adalah tidak tepat..haaa


                                        PRU SELEPAS TAHUN BAHARU CINA ?


Teka-teki baharu hampir terjawab apabila TPM sendiri membei bayangan bahawa ianya akan diadakan seselepas Tahun Baharu Cina, tahun ini (2018).

Zahid  memberi bayangan tersebut ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang, hari ini, menggunakan perkataan "Hari Besar" seolah-olah merujuk kepada PRU-14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan diadakan.

"Jangan lupa Hari Besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada "Hari Besar' lain.

"Kalau dulu bikin silap (tak undi Barisan Nasional (BN), tak apa...saya maafkan. Kalau boleh kali ini, jangan bikin silap lagi woo," katanya dalam loghat orang Tionghoa berbahasa Melayu. (dipetik dari Bernama).

                                                                       CABARAN BN

Pada pendapat penulis kerajaan tidak akan bertindak tergesa-gesa dalam menetapkan  tarikh PRU dikala menerima serangan bertubi-tubi dari pihak lawan
.
Belum redha isu FGV, kerajaan terpaksa menjawab satu lagi isu baharu berkaiatan dengan pemindahan pemilikan tanah di Semarak, Kuala Lumpur.

Antara  isu lain yang masih perlu diberi penjelasan agar rakyat benar-benar memahami keadaan sebenar ialah berkaitan dengan FGV, penjelasan isu 1MDB dan juga isu cukai GST yang kerap dijadikan sebagai siulan pembangkang untuk menjatuhkan imej dan kreabiliti kerajaan BN.


Wednesday 27 December 2017

TAHI HIDUNG DAN TAHI LEMBU ‘IBU SEGALA UBAT’


Teringat lagi masa kecil-kecil tinggal kat kampung satu ketika dahulu, bila naik bisul atau disengat oleh binatang berbisa maka tahi hidunglah menjadi ubat bila masa kecemasan.

Bukan masa tuh taka da ubat atau klinik tapi disebabkan takut dimarahi oleh orang tua, ,maka tahi hidung menjadi ubat paling mujarabat dan disyorkan oleh rakan-rakan seusia yang lain.


Kalau sekarang nih bila dengar tahi hidung anda pasti kata pengotor, namun 40 tahun yang lalu bagi mereka yang membesar di kampung ianya menjadi 1001 ubat.


Tahi hidung biasa dijadikan ubat untuk bisul pada badan ataupun disapu pada bahagian badan yang terkena sengatan bisa bintang kecil seperti ikan keli, tebuan ataupun semut.

Selain daripada tahi hidung, masa kanak-kanak dahulu, tahi lembut juga menjadi salah satu ubat alternatif yang paling mujarab.

Penulis masih ingat lagi ketika terpijak sarang tebuan tanah ketika melastik burung bersama rakan-rakan di tebing Sungai Tok Ali , kepala rasa pening bila kena sengatan bisa tebuan.




Nak bagi tahu Ma dan Abah takut kena marah so kawan-kawan syorkan penulis sapu tahi lembu sebagai ubat, namun dengan kuasa tuhan, Alhamduillah dapat legakan sikit rasa pening dan bengkak.
Penulis masih ingat lagi, Mak penulis naik hantu apabila dapat mengetahui bahawa penulis sapi tahi lembu pada kepala bila disengat tebuan tanah.

“Bila-bila kena sengat tebuan bagi tahu ma, jangan sapu tahi lembu..kotor dan najis..itu bukan cara orang Islam dan kepala adalah satu anggota badan yang mulia,”itu lah kata-kata mak penulis.

Ma minta penulis mandi dan letakan nasi suam atas kepala penulis bagi legakan bisa dan bengkak.
Itulah pengalaman penulis masa kecil-kecil dulu yang terkenal sebagai hero di kampung Chekok.



CABARAN TUGAS JURUFOTO DAN WARTAWAN MASA KINI





Seperti bias selepas waktu berkerja, jika ada kelapangan, Md Dusa Abas tidak terus pulang ke rumah sebaliknya membelik-belik ‘body’dan ‘lens’ kameranya dengan kain.
                Sesekali anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu tersenyum apabila mengimbau kembali perjalanan hidupnya sebagai jurufoto di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
                “Dunia sekarang sudah makin canggih dan sesiapa sahaja boleh ambil gambar…anak bongsu saya berumur dua belas  tahun pun dah pandai ambil gambar guna telefon pintar milik emaknya untuk dimuat turun ke laman facebook,”katanya sambil memandang kearah rakan sekerjanya  , Shaidatul Suhana Ros yang bertugas sebagai pegawai berita di Bernama Biro Melaka.




TELEFON PINTAR

Md Dusa yang lebih mesra dengan panggilan 'Dusa' berkata perkembangan teknologi  hari ini banyak mengubah dunia bidang fotography dan ianya banyak membantu memudahkan tugas seorang jurufoto jika dibandingkan dengan sepuluh tahun dahulu.
"Sekarang nih semua mudah...jadi kerja pun kena laju, jika dulu saya kena balik opis dulu untuk hantar gambar namun sekarang hantar gambar guna handphone jer dan tak yah susah-susah buka laptop.
"Namun saya masih guna laptop bukan sebab old scholl tapi dapat lihat dengan jelas gambar yang hendak di hantar..budak sekarang terus hantar guna handphone sebab mata dia orang masih terang,"katanya sambil mengelap lens.
Katanya jurufoto hari ini mempunyai banyak pilih kerana mereka boleh hantar banyak keping gambar dalam bentuk digital berbanding daripada dahulu menguna kaedag analog.
Beliau yang kini bertugas di Biro Bernama Melaka berkata jurufoto perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan gambar, kecangihan peralatan yang diguna bukan menjadi penentu kepada kualiti gambar yang diambil.
“Bagi saya teknologi hanya memudahkan kerja dahulu dan bukanya penentu kepada  kualiti  gambar yang diambil…secanggih mana sekalipun peralatan  ianya bukan satu jaminan untuk menghasilkan  gambar yang berkualiti tinggi,”katanya


PROSES FILEM DALAM BILIK GELAP

Beliau berkata cabaran tugas seorang jurufoto pada tahun awal 90-an dan zaman sebelumnya adalah lebih mencabar jika dibandingkan dengan hari ini kerana melibatkan proses kerja yang panjang.
“Jika dahulu selepas mengambil gambar di lokasi tugasan, jurufoto perlu pulang ke pejabat bagi memproses negatif filem di dalam bilik gelap (darkroom) dan menulis kapsyen sebelum di serahkan kepada editor yang bertugas,”katanya.
Md Dusa berkata proses yang panjang untuk menyiapkan gambar menyebabkan jurufoto pada zaman tersebut terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
“Untuk siapkan sesuatu tugasaan jurufoto pada masa itu perlu mengabiskan masa antara enam hingga jam sebelum gambar boleh dihantar ke pelanggan mengunakan khidmat penghantar surat,”katanya.


BERLARI CARI KEDAI GAMBAR

Beliau yang berpengalaman lebih daripada 22 tahun dalam bidang fotografi dan pernah membuat liputan di beberapa temasya sukan bertaraf dunia anataranya ialah temasya Sukan Olimpik London pada 2012 berkata sebelum wujud teknologi digital dan jalur lebar, bila tiba di sesebuah negara, tempat pertama yang wajib dicari oleh seorang jurufoto adalah kedai gambar.
“Saya ingat lagi ketika membuat liputan di temasya Sukan SEA Jarkata pada 1997, tempat pertama yang setiap jurufoto cari adalah kedai gambar bagi memudahkan urusan memproses  negatif filem pada masa tersebut.
“Selepas selesai mengambil gambar atlet di venue kejohanan, kami (petugas media) akan berlari mencari teksi untuk ke kedai gambar bagi memproses negative filem dan kemudianya berlari  ke hotel untuk menghantar gambar menerusi talian  ISDN (Integrated Services Digital Network) ke ibu pejabat di Kuala Lumpur,”katanya.



SOLO JOURNALIST

Mutahir ini, perkembangan teknologi telefon pintar yang berupaya mengambil gambar hampir sama dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh ‘Digital Single Lens’, teknologi multimedia dan teknologi jalur lebar melahirkan bidang baharu dalam bidang kewartawan iaitu Solo Journalist.
Berdasarkan pemerhatian penulis yang berkhidmat selama 10 tahun dalam bidang kewartawan mendapati bahawa tugas wartawan tidak lagi terhad kepada menulis berita sahaja sebaliknya turun sama membantu jurufoto mengambil gambar untuk dimuat turun ke laman sosial agensi yang diwakili.
Malah ada juga agensi berita arus perdana meminta wartawanya membuat ‘live vedio’ bagi melaporkan berita secara langsung ditempat kejadian seperti di lokasi kemalangan maut.
Bagi penulis dunia kewartawanan pada hari ini bukan memerlukan seorang wartawan yang hanya mahir dalam menghasilkan berita tetapi perlu mempunyai kemahiran tambahan lain antaranya ialah kemahiran asas dalam  mengambil gambar, merakam vedio, membuat ‘stand upper’ dan lain-lain.



MULTI TASKING JOBS

Bagi waratawan muda surat khabar Melaka Hari Ini (MHI), Ahmad Fuad Ramdan, 23 berkata tugas baharu yang terpaksa dipikul oleh wartawan hari ini bukan satu beban bagi dirinya sebaliknya menganggapnya sebagai satu cabaran baharu dalam dunia kewartawanan.
“Multi tasking jobs yang diarahkan oleh editor agar wartawan bukan hanya menulis berita sebaliknya turut mengambil gambar adalah sesuatu yang menyeronokan bagi saya.
“Selain daripada memperbaiki penulisan saya dapat belajar banyak perkara yang baharu terutama ilmu photography daripada jurufoto senior dari agensi lain seperti Bernama, Berita Hariaan, Utusaan Malaysia dan lain-lain,”katanya yan telah berkhidmat selama dua tahun dengan MHI.
Anak jati Bukit Rambai, Melaka itu berkata walaupun tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang photography beliau hanya mempelajari satu persatu selok belok teknik mengambil gambar menerusi bahan bacaan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan media.
Katanya adalah menjadi satu keperluan bagi mereka yang ingin memilih dunia kewartawan sebangai kerjaya hidup mempelajari teknik asas kemahiran tambahan seperti bidang photography agar tidak kekok nanti.




TIDAK ‘KEKOK’ DI LOKASI

Pegawai berita, Biro Bernama Melaka, Shaidatul Suhana Ros, 32 berkata dunia kewartawanan hari lebih mencabar dan berbeza daripada 10 tahun lalu apabila tugas wartawan bukan hanya sekadar menulis berita sebaliknya perlu melakukan tugas tambahan seperti mengambil gambar untuk laman sosial twitter, membuat ‘live cross over’ dengan radio dan membuat ‘live vedio’.
“Walaupun agensi tidak mewajibkan petugas media untuk melakukan tugas tambahan ini..bagi saya ianya adalah sesuatu  yang menyeronokan kerana dapat menambah kemahiran diri,”katanya yang telah berkhidmat selama lima tahun di Bernama.
Menceritakan pengalaman pertama mengambil gambar untuk kegunaan laman sosial twitter Bernama, Shaidatul Suhana berkata beliau tidak rasa kekok untuk mengambil gambar kerana sudah biasa mengambil gambar menguna telefon pintar sebelum ini.
“Pada kali pertama diarahkan oleh ketua meja mahkamah ketika bertugas di Kuala Lumpur pada tahun 2015… saya menjadi serba salah apabila orang kena tuduh (OKT) yang dibawa oleh polis ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur merayu agar saya tidak mengambil gambarnya,”katanya.
Shaidatul Suhana  berkata bagi menambah kemahiran mengambil gambar dan video beliau mempelajari teknik photography menerusi  toturial yang terdapat di dalam laman sosial.

Tuesday 19 December 2017

Jejak Raja Jembal

Menyelusuri  sejarah Kelantan kuno, keturunan Raja Jembal adalah insitusi raja yang pernah memerintah negeri Kelantan pada abab ke-17 dan abab ke-18.

Jika dikaji daripada sastera dan cerita dongeng, keturunan Raja Jembal dikatakan mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong dari Kedah yang membawa diri ke Kelantan selepas peristiwa baginda meminum dan ketagih darah manusia ketika berada di Jembal.Kedah.

Baginda dikatakan baginda memelihara dua orang anak angkat - seorang lelaki yang dinamaï baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamaï baginda Puteri Mani Kemenyan.


Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh empat orang putera dan tiga orang puteri, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Umar, Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur, dan Puteri Cempaka Bongsu

                                         Istana Raja Bersiong di Kedah 

Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan Jembal, iaitu mulaï 1638 dan  kemudiannya melantik putera melantik putera baginda, Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Umar sebagai Temenggung, dan Raja Sungai sebagai Raja Muda.

Kerajaan Jembal berakhir pada tahun 1720-an apabila Raja Kecil Sulung putera Raja Umar menyerahkan kuasanya kepada Long Besar yang juga merupakan iparnya.

Raja Jembal  menggunakan pangkal nama "Tengku, Nik, Wan dan Che", namum ada juga yang tidak menguna pangkalan nama tersebut.

Buang tahta

Mengikut arwah nenek sebelah ibu saya, kami mempunyai darah Raja Jembal dan masih mengamalkan pantang larang dan adat tertentu namun tidak menguna gelaran pangkalan nama kerana taat dengan pesan moyang kami iaitu Raja Kecil yang tidak membenarkan cucu dan cicitnya menguna gelaran diraja kerana dikhuatiri akan lupa diri dan lalai dengan dunia.

Menurutnya lagi, Raja Kecil telah membuang semua alat kebesaran diraja yang ada padanya di satu tempat yang dirahsiakan kerana beliau tidak ingin lagi menjadi raja.

Beliau juga berdoa agar anak cucu dan keturunanya tidak akan ‘orang besar’ (berpangkat tinggi) selama beberapa keturunan (penulis lupa berapa keturunan)  bagi menjaga keturunan agar terus taat kepada perintah Allah.

Dilarang makan ikan kekacang dan rebung buluh

Terdapat dua versi mengenai larangan keturunan darah Raja Jembal memakan ikan kekacang dan rebung buluh, versi lisan daripada nenek penulis mengatakan bahawa larangan memakan ikan kekacang adalah kerana ikan tersebut pernah membantu moyang keluarga Raja Jembal ketika berada di laut.

                                          Ikan Kekacang

Manakala larangan memakan rebung buluh pula kerana moyang Raja Jembal berasal dari keturunan buluh betung (iaitu dari keturunan Raja Bersiong).

Terdapat juga menyatakan Raja bersiong telah mewasiatkan anak cucunya supaya tidak memakan rebung buluh betong dan tidak membenarkan membuat apa-apa alatan dari buluh betung.

                                                     Rebung Buluh Betung

Manakala versi kedua daripada kajian penulis, Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.

Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya. 


Tidak dapat diketahui sejauh mana kebenaran cerita ini namun ianya disampaikan secara lisan dari generasi ke generasi.

Namun satu pengajaran daripada cerita lisan ini kepada kami adalah agar sentiasa mengutamakan akhirat daripada dunia kerana hanya negeri akhirat yang kekal abadi, segala yang ada di dunia akan musnah tidak kira setinggi mana darjat, sebanyak mana harta ..satu-satu bekalan yang dibawa ke negeri akhirat ialah amal ibadat.

Monday 18 December 2017

KEUNIKAN BUBUR ASYURA GAMIK NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK


Setiap kali  tangga 10 Muharram dalam kalander Hijrah, acara mengacau  bubur Asyura disambut oleh umat Islam di negara ini bagi memperingati peristiwa bahtera Nabi Nuh mendarat setelah 40 hari mengharungi banjir besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Bubur Asyura adalah bubur yang dibuat pada hari kesepuluh bulan Muharam dan ianya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, antaranya ialah beras, kacang hijau, bawang dah rempah-ratus.
Perkataan Bubur Asyura juga membawa maksub ‘bubur untuk kesejahteraan’ yang melambangkan kesyukuran umat Islam terhadap keselamatan yang dikurniakan oleh Allah disambut bagi memperingati peristiwa Nabi Nuh.

Namun sejak kebelakangan ini, amalan tersebut yang telah lama sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu semakin dilupakan oleh generasi hari ini apabila hanya sesetengah masjid atau surau sahaja yang masih meneruskan acara gotong royong mengacau bubur Asyura yang begitu popular satu ketika dahulu.

PELBAGAI VERSI BUBUR ASYURA

Terdapat pelbagai jenis bubut Asyura di negara ini, daripada pemerhatian penulis, bubur Asyura setiap negeri adalah berbeza mengikut budaya setempat.
Bubur Asyura di Melaka dan beberapa tempat di Johor berbentuk cair seperti bubur lambuk dan mengandungi pelbagai jenis bahan seperti kekacang, sayuran, daging dan bijirin.
Bagi penduduk di negeri Utara semenanjung Malaysia pula , bubur Asyura biasanya berwarna kuning dan likat, ianya perlu dihasilkan daripada sepuluh bahan, jika tidak cukup bahan atau terlebih maka ianya tidak boleh dipanggil  bubur Asyura.
Tukang masak bubur Asyura, Mohd Jazlan Salleh, 40 berkata bubur Asyura  bagi masyarakat negeri Pantai Timur pula berwarna kehitaman atau warna coklat gelap.

REMPAH KHAS HANYA DIJUAL SEKALI SETAHUN

Mohd Jazlan berkata keistimewaan bubur Asyura Kelantan adalah terletak pada rempahnya kerana rempah tersebut hanya dijual sekali setahun setiap bulan Muharam dan hanya terdapat di di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan sahaja.
Beliau berkata antara bahan-bahan yang diguna untuk membuat bubur Asyura versi Kelantan  ialah keledek, labu, jagung, kacang hijau, bawang, serai, halia, lengkuas, lada hitam, remah khas dari Kelantan dan juga daging lembu atau ayam.
Katanya bahan-bahan membuat bubur Asyura biasanya disediakan pada sebelah malam dan ianya akan dimasak selepas subuh bermula pukul 7.00 pagi hingga ke petang.
“Proses memasak bubur Asyura mengambil masa yang agak lama iaitu antara tujuh hingga lapan jam dan proses mengacau bubur Asyura adalah seperti proses mengacau dodol,”katanya.


TUNGGU ‘TURN’  KACAU BUBUR ASYURA
                
Berkongsi pengalaman mengacau bubur Asyura pada zaman remaja, seorang penjawat awam, Noor Azmi Hamdan,53  berkata hari Asura adalah hari yang dinanti-nantikan oleh beliau dan rakan-rakan di kampung Sungai Putat kerana sambutan hanya dilakukan sekali setahun.
                “Saya masih ingat lagi aktiviti memasak bubur Asyura yang dilakukan di Masjid Merlimau Pasir, Merlimau, Melaka bermula pada pukul 10.00 pagi dan bubur tersebut mula masak sebelum masuk waktu solat Zohor.
“Pada masa itu ramai penduduk kampung hadir bergotong royong memasak bubur Asyura dalam kawah besar, biasa kaum hawa (wanita) akan melakukan kerja menyediakan bahan-bahan untuk memasuk bubur Asyura seperti menghiris bawang, mencarik daging, membasiuh beras,  menyediakan santan dan lain ,”katanya.
                Noor Azmi berkata manakala golongan Adam (lelaki) pula menyediakan kayu api dan mengacau bubur Asyura,  pada awal bubur Asyura di masak ramai yang bergilir-gilir mengacau bubur kerana pada ketika itu kerja mengacau bubur masih ringgan dan mudah kerana hanya bahan asas seperti air, santan kelapa, jagung, kacang kuda, beras  dan lain-lain lagi.
                “Namun Asyura mula menjadi pekat, pada waktu inilah ramai yang menghilangkan diri,”katanya tersenyum panjang mengimbau kembali kenangan mengacau bubur Asyura pada zaman remaja.
                Katanya bubur Asyura mengambil masa panjang untuk masak bergantung kepada ramuan yang digunakan diantara dua hingga empat jam.


CARI DAUN NENAS, TEMPURUNG KELAPA DAN DAUN PISANG
                
Penulis sendiri masih ingat lagi ketika belajar di sekolah rendah di Kampung Chekok, Pulai Chondong,  Kelantan, apabila bubur Asyura hampir masak dan mula bertukar kepada warna kehitaman dan menjadi lebih pekat, pada waktu tersebut pemulis bersama rakan-rakan mula mencari tempurung kelapa yang dialas dengan daun pisang untuk dijadikan sebagai mangkuk.
                Setelah itu, penulis akan pergi ke belakang masjid bagi mendapatkan daun nenas untuk dijadikan sudu.
                “Rindu sangat dah lama tak merasa bubur Asyura yang masih panas di makan dalam tempurung kelapa beralaskan daun pisang dan bersudukan daun nenas.
                “Itu lah kenanagan indah pada zaman kanak-kanak yang cukup berharga bagi diri saya dan saya tidak berpeluang lagi untuk merasai berhijrah  meninggalkan negeri kelahiran, Tanah Sekebun Bunga (Kelantan),”katanya.
                Katanya  setelah mendapat sesenduk bubur Asyura, beliau dan rakan-rakanya akan duduk bersila di tepi dinding masjid menikmati kelazatan bubur Asyura.
               
                
BUBUR ASYURA KERING  MAMPU TAHAN SELAMA SEBULAN

Penulis masih ingat lagi, bubur Asyura yang tidak habis di makan akan dijemur bawah cahaya matahari sehingga kering dan boleh disimpan hampir seminggu
                Maznah Awang, 61  yang merupakan emak kepada penulis berkata sebaik-baiknya bubur Asyura dipotong empat segi dan disusun di atas talam beralaskan plastic atau daun pisang sebelum dijemur beberapa hari sehingga benar-benar kering seperti proses membuat agar-agar kering.
                “Kalau dijemur tidak kering nanti bubur Ayura tersebut akan berlendir dan boleh menyebabkan perut sakit jika di makan,”katanya.
                Beliau berkata bubur Asyura yang dikeringkan enak di makan begitu sahaja dan sesuai dihidangkan pada waktu minum petang.
                Sementara itu, tukang masak bubur Asyura dari Kota Baharu, Kelantan, Mat Zahar Abdul Hadi, 40 berkata bubur Asyura Kelantan yang di sejuk beku mampu bertahan setahun.
                “Saya pernah cuba simpan bubur Asyura dalam peti sejuk dan ianya boleh disimpan dalam masa setahun,”katanya.


LASTIK, KUTIP BUAH DAN TANGKAP IKAN PELAGA AKTIVITI SEMAKIN DILUPAKAN BUDAK KAMPUNG



Aktiviti lasak seperti melastik burung daolam semak, mengutip buah-buahan hutan dan menangkap ikan pelaga adalah antara aktiviti yang asing bagi kanak-kanak pada zaman ini.
            
Ianya berbeza sama sekali  dengan corak Kehidupan kanak-kanak memasuki alam remaja pada era tahun 70-an dan 80-an  yang membesar dengan aktiviti lasak dan mencabar berbanding dengan kanak-kanak hari ini lebih banyak menghabiskan masa bersama gadget.

Berkongsi pengalaman membesar pada era tahun 70-an, Zainal Ibrahim, 47  berkata kanak-kanak hari ini banyak menghabiskan masa bersama gadget masing-masing selepas pulang dari sekolah.

“Kalau dahulu bila tamat  waktu sekolah, aktiviti yang menjadi rutin saya dan rakan-rakan adalah melastik burung di kawasan semak yang terletak  tidak jauh dari rumah.

Lastik Burung
“Saya masih ingat lagi pada waktu tuh kami buat sendiri lastik menguna barang yang terdapat di sekeliling rumah,  antaranya ialah  tiub getah basikal, kulit kasut (dijadikan sebagai pelapik), dahan pokok berbentuk ’Y’, gelung getah dan batu kecil (sebagai peluru),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya antara burung yang menjadi sasaran ialah burung Merbuk, burung Murai, burung Kelicap dan lain-lain.
Turut berkongsi pengalaman yang sama,  Shahrim Sulong , 40 yang bertugas sebagai eksekutif It di Bernama Biro Melaka, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata melastik burung adalah rutin harian beliau dan rakan-rakan.
“Disamping melastik burung, kami juga pada waktu itu akan mengutip dan makan buah-buahan hutan yang terdapat di sekitar kampung,”katanya yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.


                               Buah Kemunting

Kutip Buah-Buahan Hutan
Katanya antara buah-buahan hutan yang mudah didapati pada ketika itu ialah buah Kemunting (Eng Sub: Downy Myrtle), buah Sentol (Eng: Sandoricum koetjape (nama sainstifik), buah Jambu Arang (Eng: Eugenia claviflora Roxburgh (nama sainstifik) dan banyak lagi.
Beliau berkata buah-buhan tersebut  sukar untuk diperolehi hari ini, malah kanak-kanak sekarang sudah tidak mengenali buah hutan yang boleh di makan.
 “Bila berada dalam hutan atau semak kami biasanya baling kayu atau lastik untuk dapatkan buah sentol kerana pokoknya besar dan tinggi menyebabkan ianya sukar dipanjat.
“Rasanya masam manis memang sedap di makan begitu sahaja..kalau dapat banyak saya akan bawa balik untuk dijadikan sebagai jerut atau dicicah ‘Colek’  iaitu campuran kicap,  gula pasir, garam kasar , belacan dan sedikit cili,”katanya.


Sementara itu, Noor Azmi Hamdan, 52 dari Merlimau, Melaka berkata selain daripada melastik burung dan cari buah-buahan hutan, menangkap ikan laga  (Eng: fighting fish) juga merupakan salah satu aktiviti yang digemarinya ketika kecil dahulu.
“Biasanya saya dan rakan-rakan tangkap ikan pelaga di sungai atau parit dengan hanya mengunakan tangan tanpa peralatan lain,”katanya.
Beliau berkata ikan yang ditangkap akan diletakan dalam botol sebelum dibawa pulang ke rumah.
“Ikan laga berwarna gelap seperti kehitaman atau warna hijau gelap lebih garang dan hebat bertarung,”katanya.
Noor Azmi berpendapat bahawa  kanak-kanak zaman dahulu lebih tahan lasak dan cepat berdikari berbanding dengan hari ini kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman.