Friday 21 April 2017

Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tun Abdul Razak di Ayer Keroh

Alhamduillah tadi ambo sempat tengok-tegok dari jauh PM kita yang datang ke Melaka.

Pagi tadi sebelum Solat Jumaat, PM kita rasmi Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak di Bandar Hijau, Ayer Keroh.

Terkejut juga ambo ore kampung tengok pusat yang berharga RM283 juta nih memang canggih, Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana terus membantu rakyat.

Ambo bukan nok bodek kerajaan tapi apa yang baik apa salahnya kita puji, yang buruk kita tegur secara baik.

 PRPTAR dibina di tanah berkeluasan 22.3 hektar pada Okt 2014 itu menyediakan asrama bagi pencarum Perkeso yang sedang menjalani rawatan dan ia mampu menampung sehingga 350 pesakit pada satu-satu masa.



PM membuat lawatan ke pusat akuatik di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak

Dalam ucapanya hok ambo dengar, PM kata kewujudan pusat ini menolak berita palsu sesetengah pihak yang mendakwa bahawa Malaysia dah bankrup.

"Pusat ini melenyapkan gambaran palsu pihak tertentu bahawa Malaysia bankrap. Mana nak bankrap tuan-tuan kalau ada pusat rehabilitasi sebegini," -- Najib




No comments:

Post a Comment