Kau semua mesti tahu kan baru-baru nih berlaku konflik besar membabitkan AS dan Korea Utara apabila presiden negara Uncle SAM itu seperti hilang sabar dengan sikap negara komunis itu berkali-kali melakukan ujian misil bagi menujuk kehebatan ketenteran negara di bawah pimpinan
kim jong un.
Sehari gagal dalam ujian misil balistik jarak jauh (Intermediate-range ballistic missile atau IRBM), Korea Utara mengadakan pembarisan tentera secara besar- besaran bagi memperingati ulang tahun kelahiran datuknya dengan mempamerkan aset ketenteran termasuk IRBM yang didakwa mampu mengudang ancaman kepada AS.
IRBM milik tentera Korea utara yang dipamerkan pada perarakan ketenteran besar-besaran yang dilakukan oleh negara tersebut bagi menguji tindakan susulan yang bakal diambil oleh Trump.
Korea Selantan seolah-olah sajer nak uji tahap kesabaran Trump
Tindakan Korea Utara dilihat sebagai satu ancaman keselamatan kepada AS dan turut mengundang kebimbangan kepada negara berdekatan Jepun dan Korea Selatan.
Atas tiket menjaga kedaulatan negara dan hak kemanusian, Trump menghantar armada lautnya ke semenanjung Korea termasuk mengerakan kapal perang USS Carl Vinsin pada awal
April lalu sebagai persiapan awal.
USS Carl Vinsin dilaporkan telah digerakan ke Semenanjung Korea
Peluru berpandu Tomahawk berkelajuan sub-sonik jarak jauh yang sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca
Siapa akan serang dulu ?
Secara teknikal jika dilihat dari segi aset ketenteran kedua-dua negara itu mempunyai kemampuan untuk melakukan serangan bila-bila masa, namun pada pendapat penulis ianya akan
diselesaikan secara literal kerana mereka tahu apa akibat yang bakal ditanggung oleh kedua negara dan masyarakat antarabangsa jika kedua-dua negara itu berperang.
Walaupun peperangan belum bermula AS telah memulakan perang saraf dengan menguna media sebagai alat memancing masyarakat antarabangsa menyokong
tindakan yang bakal diambil nanti.
Terbaharu, sebuah agensi berita eropah membuat spekulasi bahawa regim Kim Jong Un sedang membangunkan peluru berpandu baharu yang lebih baik daripada sebelumnya.
Dalil yang digunakan Korea Utara pasti akan membangunkan IRBM baharu setelah gagal sepenuhnya dalam ujian baru-baru ini dan peluru balistik itu telah dipamerkan pada perarakan tentera yang dilakukan oleh Korea Utara baru-baru ini.
Tindakan yang dilakukan oleh AS akhirnya mengejutkan dua kuasa besar komunis iaitu Russia dan China apabila mereka mengerahkan askar serta aset tentera ke kawasan sempadan dengan Korea Utara kerana bimbang AS akan melancarkan serangan ke atas Pyongyang.
Menurut laporan sebuah agensi berita antarabangsa, Presiden Rusia, Valdimir Putin mengeluarkan arahan tersebut selepas China menghantar 150,000 askar ke bahagian selatan negara yang bersempadan dengan Korea Utara bagi menangani kemasukan pelarian dari negara tersebut jika perang tercetus.
No comments:
Post a Comment