Saturday 22 April 2017

Penunggang Agama Di Pulau Besar

Assalamaulaikum...

Alhamduillah pada 22 April lalu ambo berkesempatan ke Pulau Besar bagi melihat dengan mata dan kepala sendiri aktiviti khurafat oleh penunggang agama yang tanpa malu menghina kesucian agama Islam yang mulia ini.

Untuk ke Pulau Besar saya menaiki Feri di Jeti Anjung Batu dengan tambang RM15 seorang..setibanya di pulau perkataan pertama yang terpancut dari mulut saya adalah "Sunahanallah..memang pulau nih.




                                                       Pemandangan dari Pulau Besar 




         


Tempat pertama yang saya tuju bagi mendapat maklumat awal adalah ke muzium Pulau Besar di situ saya dapat sedikit maklumat dari kakitangan muzim menjejak tempat yang menjadi tumpuan pengamal ilmu khurafat yang kebanyakan terdiri dari mereka yang bukan Islam.

Dengan bantuan kakitangan muzim saya sewa motisikal dengan harga RM15.00 sejam bagi memudahkan perjalanan.


Alhamduillah dengan izin Allah saya sampai Masjid Pulau Besar dan disambut oleh Iman 2 dan bilai dengan ramah mesra.

Setelah melawat kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a), adalah keturunan ke-18 dari Rasullullah SAW.Beliau dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M saya berbual dengan imam serta bilal.

Menurut mereka kebanyakan daripada mereka bukan islam yang belum mendapat hidayah dan pengamal silat kerap datang ke kubur yang dianggap keramat dan didakwa mampu menunaikan hajat.

"Saya tak kisah orang islam datang berzikir sebagai mengisi adab mengziari kubur waris Rasullah tapi apa yang menyakiti hati apabila melihat mereka yang bukan beragama islam melakukan ritual menyiram air mawar dan bunga di kubur dengan pakaian tidak sopan melukan hati saya," kata iman.

Iman berkata beliau tidak mampu untuk menegur semua orang yang datang mengziarahi kubur tersebut namun cuba menasihati mereka secara berhikmah.

"Dulu saya pun macam mereka tetapi Allah beri hidayat..saya doakan moga mereka juga akan mendapat hidayat daripada Allah satu hari nanti...amin," katanya.

Ketika kami berbual di perkarangan masjid, iman sekali sekala bangkit menuju kearah pengujung yang berpakaian tidak sopan menziarahi kubur tersebut, beliau yang fasih berbahasa tamil dengan lembut menasihati pengunjung yang datang.

"saya tak mampu tegur semua orang...," keluh beliau sambil melontarkan senyuman kepada saya.
Perkarangan kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a)


Pengamal ilmu persilatan berzikir di hadapan makam, saya bersangka baik dalam perkara ini, hanya Allah tahu apa niat masing-masing
Pengunjung bukan islam tanpa segan silu berseluar pendek menabur bunga dan air mawar pada kubur orang islam
Walaupun terpapar peringatan dari Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) masih ada yang berdegil tabur bunga pada kubur waris rasuallah. Saya difahamkan bahawa pengawai MAIM sentiasa membersihkan kubur ini namun pagi bersih..petang dah penuh balik bunga dan air mawar.



...Bersambung pada post berikutnya selepas ini...Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment