Saturday, 22 April 2017

Penunggang Agama Di Pulau Besar

Assalamaulaikum...

Alhamduillah pada 22 April lalu ambo berkesempatan ke Pulau Besar bagi melihat dengan mata dan kepala sendiri aktiviti khurafat oleh penunggang agama yang tanpa malu menghina kesucian agama Islam yang mulia ini.

Untuk ke Pulau Besar saya menaiki Feri di Jeti Anjung Batu dengan tambang RM15 seorang..setibanya di pulau perkataan pertama yang terpancut dari mulut saya adalah "Sunahanallah..memang pulau nih.




                                                       Pemandangan dari Pulau Besar 




         


Tempat pertama yang saya tuju bagi mendapat maklumat awal adalah ke muzium Pulau Besar di situ saya dapat sedikit maklumat dari kakitangan muzim menjejak tempat yang menjadi tumpuan pengamal ilmu khurafat yang kebanyakan terdiri dari mereka yang bukan Islam.

Dengan bantuan kakitangan muzim saya sewa motisikal dengan harga RM15.00 sejam bagi memudahkan perjalanan.


Alhamduillah dengan izin Allah saya sampai Masjid Pulau Besar dan disambut oleh Iman 2 dan bilai dengan ramah mesra.

Setelah melawat kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a), adalah keturunan ke-18 dari Rasullullah SAW.Beliau dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M saya berbual dengan imam serta bilal.

Menurut mereka kebanyakan daripada mereka bukan islam yang belum mendapat hidayah dan pengamal silat kerap datang ke kubur yang dianggap keramat dan didakwa mampu menunaikan hajat.

"Saya tak kisah orang islam datang berzikir sebagai mengisi adab mengziari kubur waris Rasullah tapi apa yang menyakiti hati apabila melihat mereka yang bukan beragama islam melakukan ritual menyiram air mawar dan bunga di kubur dengan pakaian tidak sopan melukan hati saya," kata iman.

Iman berkata beliau tidak mampu untuk menegur semua orang yang datang mengziarahi kubur tersebut namun cuba menasihati mereka secara berhikmah.

"Dulu saya pun macam mereka tetapi Allah beri hidayat..saya doakan moga mereka juga akan mendapat hidayat daripada Allah satu hari nanti...amin," katanya.

Ketika kami berbual di perkarangan masjid, iman sekali sekala bangkit menuju kearah pengujung yang berpakaian tidak sopan menziarahi kubur tersebut, beliau yang fasih berbahasa tamil dengan lembut menasihati pengunjung yang datang.

"saya tak mampu tegur semua orang...," keluh beliau sambil melontarkan senyuman kepada saya.
Perkarangan kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a)


Pengamal ilmu persilatan berzikir di hadapan makam, saya bersangka baik dalam perkara ini, hanya Allah tahu apa niat masing-masing
Pengunjung bukan islam tanpa segan silu berseluar pendek menabur bunga dan air mawar pada kubur orang islam
Walaupun terpapar peringatan dari Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) masih ada yang berdegil tabur bunga pada kubur waris rasuallah. Saya difahamkan bahawa pengawai MAIM sentiasa membersihkan kubur ini namun pagi bersih..petang dah penuh balik bunga dan air mawar.



...Bersambung pada post berikutnya selepas ini...Assalamualaikum 

Friday, 21 April 2017

AS berperang dengan Korea Utara ?




Kau semua mesti tahu kan baru-baru nih berlaku  konflik besar membabitkan AS dan Korea Utara apabila presiden negara Uncle SAM itu  seperti hilang sabar dengan sikap negara komunis itu berkali-kali melakukan ujian misil bagi menujuk kehebatan ketenteran negara di bawah pimpinan
kim jong un.

Sehari gagal dalam ujian misil balistik jarak jauh (Intermediate-range ballistic missile atau IRBM), Korea Utara mengadakan pembarisan tentera secara besar- besaran bagi memperingati ulang tahun kelahiran datuknya dengan mempamerkan aset ketenteran termasuk IRBM yang didakwa mampu mengudang ancaman kepada AS.


IRBM milik tentera Korea utara yang dipamerkan pada perarakan ketenteran besar-besaran yang dilakukan oleh negara tersebut bagi menguji tindakan susulan yang bakal diambil oleh Trump.


Korea Selantan seolah-olah sajer nak  uji tahap kesabaran Trump

Tindakan Korea Utara dilihat sebagai satu ancaman keselamatan kepada AS dan turut mengundang kebimbangan kepada negara berdekatan Jepun dan Korea Selatan.

Atas tiket menjaga kedaulatan negara dan hak kemanusian, Trump menghantar armada lautnya ke semenanjung Korea termasuk mengerakan kapal perang USS Carl Vinsin pada awal
April lalu sebagai persiapan awal.

                        USS Carl Vinsin dilaporkan telah digerakan ke Semenanjung Korea


Peluru berpandu Tomahawk berkelajuan sub-sonik jarak jauh yang sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca

Siapa akan serang dulu ?

Secara teknikal jika dilihat dari segi aset ketenteran kedua-dua negara itu mempunyai kemampuan untuk melakukan serangan bila-bila masa, namun pada pendapat penulis ianya akan
diselesaikan secara  literal  kerana mereka tahu apa akibat yang bakal ditanggung oleh kedua negara dan masyarakat antarabangsa jika kedua-dua negara itu berperang.

Walaupun peperangan belum bermula AS telah memulakan perang saraf dengan menguna media sebagai alat memancing masyarakat antarabangsa menyokong
tindakan yang bakal diambil nanti.

Terbaharu, sebuah agensi berita eropah membuat spekulasi bahawa regim Kim Jong Un sedang membangunkan peluru berpandu baharu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dalil yang digunakan Korea Utara pasti akan membangunkan IRBM baharu setelah gagal sepenuhnya dalam ujian baru-baru ini dan peluru balistik itu telah dipamerkan pada perarakan tentera yang dilakukan oleh Korea Utara baru-baru ini.

Tindakan yang dilakukan oleh AS akhirnya mengejutkan dua kuasa besar komunis iaitu Russia dan China apabila mereka mengerahkan askar serta aset tentera ke kawasan sempadan dengan Korea Utara kerana bimbang AS akan melancarkan serangan ke atas Pyongyang.

Menurut laporan sebuah agensi berita antarabangsa, Presiden Rusia, Valdimir Putin mengeluarkan arahan tersebut selepas China menghantar 150,000 askar ke bahagian selatan negara yang bersempadan  dengan Korea Utara bagi menangani kemasukan pelarian dari negara tersebut jika perang tercetus.

Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tun Abdul Razak di Ayer Keroh

Alhamduillah tadi ambo sempat tengok-tegok dari jauh PM kita yang datang ke Melaka.

Pagi tadi sebelum Solat Jumaat, PM kita rasmi Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak di Bandar Hijau, Ayer Keroh.

Terkejut juga ambo ore kampung tengok pusat yang berharga RM283 juta nih memang canggih, Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana terus membantu rakyat.

Ambo bukan nok bodek kerajaan tapi apa yang baik apa salahnya kita puji, yang buruk kita tegur secara baik.

 PRPTAR dibina di tanah berkeluasan 22.3 hektar pada Okt 2014 itu menyediakan asrama bagi pencarum Perkeso yang sedang menjalani rawatan dan ia mampu menampung sehingga 350 pesakit pada satu-satu masa.



PM membuat lawatan ke pusat akuatik di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak

Dalam ucapanya hok ambo dengar, PM kata kewujudan pusat ini menolak berita palsu sesetengah pihak yang mendakwa bahawa Malaysia dah bankrup.

"Pusat ini melenyapkan gambaran palsu pihak tertentu bahawa Malaysia bankrap. Mana nak bankrap tuan-tuan kalau ada pusat rehabilitasi sebegini," -- Najib




Tentang Ambo



Latar Belakang Penulis

Ambo nih hanya orang biasa, tiada ada apa yang istimewa, kerja ambo adalah tukang tulis di sebuah agenasi berita utama di negara ini.

Pada masa kecil kita ambo adalah nak jadi askar namun disebabkan oleh kurus dan kecil pada masa tuh ambo beberapa kali gagal ujian fizikal untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM)..bila ingat balik kelakar gak siap nagis dalam perjalanan balik ke pusat temuduga terbuka di Sekolah Menengah Hamzah, Machang...memamang kelakar bila ambo ingat balik.

Di pendekan cerita lepas tuh ambo sambung belajar ambil diploma di Akademi Seni Melaka, Batu Berendam selama dua tahun sebelum lanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di kota Samarahan, Sarawak.

Masa kat study kat Unimas baru ambo kenal serba sedikit dunia luar, Al-Maklumlah sebab ambo berasal dari kampung mana kenal sangat dunia luar...haaaaa

Langit tak selalu cerah itu ungkapan yang menguatkan semangat ambo apabila gagal mendapat kerja selepas belajar tak khatam di Unimas, macam-macam ambo kerja termasuk jadi krew kat Mc D.

Namun akhir ''Rezeki itu dari Allah"pada usia pertengahan umur baru ambo dapat kerja di agenasi berita.

Pengajaran Rezeki, Takdir, Jodoh dan Maut itu datang dari Allah so kita mintalah darinya sbb dia raja segala kerajaan





Demo Gak

Blog ''Demo Gak" adalah memaparkan kisah, pendapat yang ingin dikongsi oleh penulis kepada orang ramai, apa yang ditulis tidak mempunyai maksub untuk menjatuhkan, menfitnah dan jauh lagi mendatangkan musibah kepada orang lain.

Apa yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri sendiri penulis.