Friday, 28 July 2017
Bila PRU ke-14..?
Itu persoalan yang berlegar dalam kotak fikiran semua rakyat pada saat ini.
Kenapa sibuk sangat nak tahu bila PRU ?
hmm..bagi aku yang berkerja sebagai 'tukang tulis' kena lah plan cuti awal..nantikan cuti beku memang tak ada masa bersama keluarga nanti
Dalam bab politik nih aku tak boleh taksub kat mana-mana pihak, namun prinsip aku adalah berkhidmat dan menyokong 'government of the day'.
Selagi mereka patuh kepada pelembagaan negara dan hukum Islam aku tak bantah.
Lain-lain perkara itu sebagai 'orang biasa' aku serahkan 100 peratus kat Allah SWT untuk buat pengadilan kerana tuhan pemilik segala kerajaan yang lebih layak dalam menentukanya.
Apa orang cakap ?
Ramai orang cakap2 bahawa PRU ke-14 adalah Pilihan Raya yang paling gentir dan penting dalam sejarah perjuangan UMNO dan negara kerana ianya bakal menentukan kelangsungan parti itu sebagai parti pemerintah negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 1957.
Kelahiran parti baharu yang datang dari Perut UMNO walaupun masih belum utuh pasti serba sedikit memberi tekanan kepada UMNO dan Bariasan Nasional.
Walaupun dari pemerhatian parti 'Bunga Merah' nih masih baharu, BN tidak boleh memandang sebelah mata keupayaan parti tersebut, Kalau tengok pola pergerakan parti Bunga agak perlahan, mungkin mereka ada plan tersendiri.
PRU lepas raya haji ?
Cam-cam spekulasi dibuat tentang tarikh PRU, ada yang kata lepas jemaah haji pulang ke Malaysia pada September nanti..aku pun tak tahu apa ralevanya, mungkin gak masa tuh baru habis Sukan SEA Kuala Lumpur dan juga sambutan Hari Kemerdekaan, so itu masa yang sesuai untuk tambat hati rakyat.
Namun ada gak yang berpendapat bahawa mungkin awal tahun depan...so tak tahu lah yang mana satu.
Mungkin Awal Tahun Depan kot ?
Kerajaan BN masih mempunyai masa agak panjang lagi kerana tarikh luput Kerajaan Persekutuan pimpinan BN adalah pada Jun 2018, dan ianya boleh diheret 60 hari kemudian iaitu hingga Ogos 2018 andai Parlimen tidak dibubar pada tarikh yang sepatutnya.
Apa pun dalam sejarah politik negara tidak pernah menyaksikan Parlimen tidak dibubar dan sejarah juga tidak pernah menyaksikan pilihan raya umum diadakan terlalu dekat dengan tarikh luputnya.
So aku rasa PRU mungkin tahun depan kot...heee
Petikan kata-kata PM di majlis pelancaran jentera Jalinan Rakyat Plus (JR) Plus pada April
"Tahun ini pun kita boleh menang, tahun depan pun kita boleh menang, Insya-Allah. Saya nampak jentera sudah tidak sabar untuk lawan, kita sudah asah keris kita,
kita sudah ada kuasa ketumbukan, semangat kepahlawanan dan serikandi.
"Saya kira kita sudah bersedia tetapi masih ada sikit lagi kerja... Apa dia? Kita mesti pastikan jentera kita buat kerja.
(Dipetik dari BH)
Daripada ucapan PM, ada dua kemungkinan samada PRU 14 akan diadakan dalam masa terdekat ataupun awal tahun depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment